Friday, August 7, 2009

KISAH PERJALANAN HIDUP SEEKOR KUCHING BERNAMA SITUHA

KISAH PERJALANAN HIDUP SEEKOR KUCING BERNAMA SITUHA..bla..bla



CAT NAME : SI TUHA...
JANTINA : male
AKTIVITI : Suka merantau dan bertandang ke rumah member,tak kira lah musim perayaan atau hari biasa sampai berminggu-minggu..
gue ingat dah kojol, tapi masih hidup... satu-satunya kucing gue yang paling liat nyawanya dan susah nak die... macam "Die Hard".
HISTORY : bersifat mesra alam ngan Dog, dari kecil dah memang selalu "kanceng" dengan dog...geng keras gue!!!..dan gila bini.. hahahaha..biasalaa, lumrah.
USIA : melebihi 20 tahun, sejak gue masih darjah tiga....gue caya lu.!
SIFAT : suka mencuri kalau rezeki depan mata.. suka mengiau kalau di sapa .."starring" dalam menangkap tikus dan cicak...dan suka lari kalau kena "tempeleng" oleh My mother...
STORY : pernah mengembara sejauh lebih 17 kilometer tanpa menggunakan kasut....pernah di halau oleh my mother tanpa bekalan mahupun wang, diletak di dalam guni, dan dibebaskan di kawasan huma padi yang terlalu jauh dari rumah...sehari kemudian, SI TUHA dengan selambe pulang ke rumah dengan mengoyangkan ekornya yang kontot meot itu.. my mother terkejut!!... my mother sangat-sangat tak suka SI TUHA sebab SI TUHA sangat "expert" dalam bidang mencuri makanan dan mempunyai skill-skill tersembunyi ala Tom Cruse..
Namun, sejurus kemudian , SI TUHA diusir sekali lagi dan ditinggalkan sorang-sorang oleh my uncle kira-kira pertengahan 2008 di suatu tempat yang lebih jauh dari sebelum ini iaitu dikawasan hutan kelapa sawit.Nama kawasan tersebut digelar Kampung Pasir Hilir. , waktu itu gue tengah merempat kat Kuala Lumpur... Kali ini,SI TUHA gagal mencari jalan pulang dan terus hilang dimamah hutan sawit ... kisah hidupnya bersama manusia ditamatkan oleh manusia sendiri... gue teramat kecewa !!!...sejurus selepas itu, nenek gue pulak meninggal..my nenek laa yang memberi gelaran SI TUHA kepada kucing tersebut..semua waris SI TUHA mati dan tak umur..... yang selebihnya gagal dijumpai.. mungkin hidup SI TUHA telah disumpah seperti pirate carribean..
Sehingga kini, entah SI TUHA masih hidup atau telah menjadi raja di hutan sawit.. atau pun mati kerana kesedihan.. atau mati kerana gagal meminta sedekah dari manusia...entah-entah daa kawen dengan Kucing Batu dekat hutan rimba.. semoga bahagia SI TUHA yang bermuka selambe dan rock..
..begitu laa kisah SI TUHA yg menyayat hati dan memang benar dan betul saja...nasib gua sempat ambil gambar beliau sebelum saat terakhir..hahahaha
RUJUKAN: cari dekat perpustakaan...
KEHEBATAN : pandai mencuri dan pandai cari makan sendiri... pandai survival..pandai memikat perempuan, pandai membuat suara mengawan..bijak membahagi masa dengan aktiviti berfaedah seperti tidur.... di benci oleh golongan tua, tapi disanjung oleh golongan muda..hidup wakil rakyat SI TUHA.. merepek kan..hahahahaha
NOTE : cerita ini tersangatlah sedih,sampai menitis air mata duyung, lebih sedih dari filem Titanic ...Oleh itu, sama-sama lah kita menyokong apex bagi membela nasib-nasib kucing sedunia dan menghentikan penindasan.. jauhi cetak rompak!!!, Beli yang jimat bajet !!!apa-apa saja laa..

wokey... wa chaw lok... bagi laa A plus kat story apex ini.... semoga terhibur dengan kisah SI TUHA yang menyayat hati ini ..lalalalala

Jom minum minuman ringan, sama-sama angkat dan lagakan gelas masing-masing sambil bersorak "cheer utk SI TUHA".. dan menjerit eeehhhaaa..aku happy !!!

Tuesday, August 4, 2009

SEJARAH PADI SALAKO

SEJARAH PADI SALAKO

Semua pertuturan bahasa Salako yang terdapat dalam cerita ini boleh difahami dengan merujuk kamus yang disediakan.Semoga terhibur !!!
KAMUS BAHASA SALAKO
Taino : manusia
Jubata : Tuhan bagi orang salako(orang bunian)
Pangkak : Gasing
Nonoi : alat sulit bagi lelaki
Bangas, Orak ,Kadokok,Ampango,ulat : binatang perosak padi
Ansabi : sayur pahit
Antimun : timun
lamang : lemang
Bontong : beras huma yang di bungkus dengan daun minyak dan kemudian dimasak menggunakan buluh besar
Tumpik : kueh muih salako
Puek : masakan menggunakan buluh
Parak rumah : rak yang terdapat pada syiling rumah

Pada suatu masa dahulu , terdapat sebuah tangga yang amat panjang bagi menghubungkan antara dunia manusia dan dunia kayangan di atas langit...Pada ketika itu, padi hanya didapati di dunia kayangan sahaja. Manusia pada zaman tersebut digelar sebagai "Taino" manakala orang bunian di kayangan digelar sebagai "Jubata" yang merupakan Tuhan bagi orang salako .. Golongan Taino dan Golongan Jubata pada ketika itu berkawan rapat ibarat isi dan kuku dan tiada jurang perbezaan yang dapat memisahkan mereka..

Hendak dipanjangkan cerita,.... pada suatu hari iaitu pada musim menuai di kayangan, golongan Taino bertandang ke dunia kayangan untuk bermain "pangkak"(gasing) dengan golongan Jubata......Namun,harapan mereka untuk menang hancur berkecai kerana setiap kali bermain pangkak, mereka sentiasa kecundang di tangan golongan Jubata yang bertaraf profesional tersebut.. golongan Jubata sentiasa menduduki carta teratas dalam permainan pangkak...terrer bangat gitu !!!..heran,memang heran... "takkan mereka main tipu", bisik suara hati golongan Taino tersebut. Namun, hakikat tetap hakikat dan tiada apa yang boleh mengubah segala-galanya.Dikalangan Jubata tersebut, ada seorang permain pangkak yang sangat hebat dan hanya dikenali dengan panggilan "Kulup". . Dia memang sangat hebat sehingga dikagumi oleh golongan Taino dan kaumnya sendiri iaitu Jubata.

Lalu, Golongan Taino bertanya kepada Kulup kenapa bangsa Kulup sangat hebat bermain pangkak.Pada mulanya, Kulup enggan memberitahu rahsia mereka kepada golongan Taino tersebut . Namun atas kerana kesian dan atas sebab persahabatan yang telah lama dimeterai antara kedua-dua golongan tersebut, akhirnya Kulup mendedahkan rahsia sebenar mereka kepada Golongan Taino tersebut. Kulup memberitahu bahawa mereka menjadi kuat dan hebat kerana makan "nasi" yang diperolehi dari padi tersebut..sedangkan golongan taino hanya beralaskan perut dengan "kulat dan umut "sahaja..

Golongan Taino tersebut terpegun seketika bila mendengar penjelasan dari Kulup tersebut..."patutlah kita asyik kalah dalam Liga Pangkak", bisik hati mereka.Atas dasar kesian , Kulup mempelawa mereka berehat di rumahnya sehari dua supaya dapat merasa nasi yang selalu dimakan oleh orang kayangan tersebut...Di simplekan cerita, mereka pun menjamah nasi yang telah dihidangkan bersama lauk pauk oleh ibu Kulup...wahh !!!, ada ommm lah, kata mereka.Ternyata memang benar, nasi tersebut memang sangat sedap dan berbau wangi berbanding lauk pauk tersebut dan membekalkan tenaga kepada mereka. Secara automatik,timbul pula satu perasaan jauh di lubuk hati sanubari mereka untuk meminta sedikit benih padi dari Kulup untuk di tanam di dunia mereka...

Namun, Golongan Taino tersebut kecewa sekali lagi kerana Kulup enggan memberi benih padi biarpun sebiji kepada mereka.Kulup takut akan dimarahi oleh ibunya dan melanggar "protokol " yang telah ditetapkan.Golongan Jubata percaya bahawa padi tidak boleh ditanam di luar rumah, apalagi di dunia Taino.. Sekiranya berlaku, semua padi yang ada di kayangan akan lesap begitu saja. Untuk menggelakan kejadian sebegitu, golongan Jubata telah mengambil langkah yang lebih drastik dengan mananam padi hanya di dapur sahaja dan sedikit sebanyak dapat mengelakkan dicuri oleh golongan Taino.

walau bagaimanapun, Kulup memang ternyata seorang Jubata yang baik hati dan sanggup mengadaikan maruah dan kepercayaan ibunya semata-mata untuk memberi sedikit benih padi kepada golongan Taino tersebut walaupun dia tahu padah yang akan melanda.Bagi mengelakkan diketahui oleh golongan Jubata , golongan Taino menyembunyikan benih padi tersebut di dalam selaput kulit "nonoi" bagi yang kaum lelaki, agar tidak kena "spot-check".

Namun, segala perbuatan Kulup tersebut telah diketahui apabila ibunya mendapati padi yang ditanam di dapur layu dan mati. Tiada siapa yang tahu betapa hangatnya naluri kemarahan ibunya pada ketika itu dan meruap-ruap seperti air yang mendidih . Akibat dari hilang pertimbangan, ibunya ingin memanah anaknya itu dengan anak panah yang paling "power " ketika itu. Namun, di saat akhir....ibunya tak sampai hati hendak memanah anak kesayangannya tersebut dan anak panah tersebut dilepaskan kepada babi yang dipelihara mereka. Dengan segera, babi tersebut mati di tempat kejadian . Tidak lama kemudian, bangkai babi tersebut berulat dan disumpah menjadi "bangas, kadokok, orak, ampango dan ulat" yang merupakan musuh utama kepada padi. Memandangkan padi sudah berjaya ditanam di dunia Taino, ibu Kulup terpaksa mengalah dan menaburkan benih tumbuh-tumbuhan seperti "ansabi, antimun", sayur, kayu, rumput sehingga menjadi hutan tebal di dunia Taino, iaitu dunia kita sekarang.

Sehingga kini, setiap kali orang salako habis menuai, mereka akan mengadakan perayaan pesta menuai sebagai tanda menghormati Jubata padi. Setiap kali perayaan pesta menuai, orang salako akan menyediakan makanan kepada "Nek Kulup" terlebih dahulu seperti "Tumpik, Puek, Lamang,Bontong" sebagai mengenang jasanya kerana sanggup memberi benih padi kepada manusia pada zaman dahulu. Kebiasaannya makanan Nek Kulup diletakkan di atas "parak rumah " .

Sekiranya cerita ini tersalah ayat atau terkasar bahasa dan mempunyai unsur-unsur sensitif.Harap maaf !!!...Sekiranya ada kisah lain tentang sejarah padi salako, sila-sila lah kongsi bersama, jangan segan kerana gue masih lagi study dengan diri sendiri !!! ...Hujung tahun ambil degree !!!


semua cerita ini telah di sampaikan oleh KASOL ANAK BOTOT iaitu orang di sebelah kanan di dalam gambar di atas dan di adaptasi oleh gue..Sebelahnya adalah anak kepada KASOL... iaitu, ETON ANAK KASOL.

*p/s : semua unsur lawak di dalam cerita ini adalah sekadar mengisi suasana cerita ..
Jangan biarkan diri anda hidup dalam ketakutan!!! life is cabaran!!!

Tuesday, July 7, 2009

ASAL USUL KAMPUNG RUKAM

ASAL USUL KAMPUNG RUKAM

PENGENALAN
Kampung Rukam adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di Daerah lundu, kuching, Sarawak dan majoriti didiami "Etnik Salako".. Etnik Salako merupakan salah satu etnik yang minoriti di sarawak dan dikelompokan dalam Bangsa Bidayuh. Etnik ini hanya tertumpu di sekitar Daerah Lundu dan mempunyai pertuturan yang unik serta sukar difahami. Cerita ini hanyalah semata-mata mengenai sejarah Kampung Rukam mendapat namanya dan diceritakan dari turun temurun sehingga kini.Semua pertuturan bahasa Salako yang terdapat dalam cerita ini boleh difahami dengan merujuk kamus yang disedikan.Semoga terhibur !!!

KAMUS BAHASA SALAKO
Baga ngam : mandi tanpa seulas benang dan hanya menutup kemaluan
dengan tangan.
Colop : obor-obor yang menggunakan buluh.
Zaman Arek: Zaman dahulu
babont : babi hutan
Utan udas / utan Tuha : Hutan Tebal
ngareokk : bunyi perut kelaparan
pajong : sejenis santau/ubat guna-guna yang diletakan di kawasan tertentu seperti di huma padi,dusun atau di rumah bagi mengenakan penceroboh .


Long3x time ago!!!!... Sebelum kewujudan komputer dan elektrik serta Broadband maxis yang saya gunakan sekarang, orang dahulu masih lagi mandi " baga ngam", di sungai.Gigi apa lagi, memang sentiasa kelabu asap , pakaian tak payah sebut,memang lebih simple dari "Simple Plan" , jalan pandang-pandang, malam pakai "colop", siang berjaga-jaga, siap dengan jampi serapah.Sekiranya terbunuh pada masa tersebut, ianya hanya boleh dikategorikan sebagai mati "free of charge " ..Keadilan pada ketika itu hanya wujud dalam bentuk balas dendam ibarat "hutang darah dibayar dengan darah", tidak seperti zaman sekarang..."Hutang darah dibayar dengan duit, pagar besi atau tali gantung". Kalau terlepas, boleh goyang kaki...

Pada zaman dahulukala atau dalam bahasa salako, "Zaman Arek " iaitu di Indonesia , wujud sebuah perkampungan kecil yang tidak diketahui namanya sehingga kini... Walaupun kecil,penduduknya tetap hidup dalam keadaan "Happy Go Lucky"...Aktiviti harian banyak dihabiskan dengan bercucuk tanam, memburu dan menangkap ikan ....Di hujung kampung tersebut, tinggal sepasang suami isteri yang sangat miskin iaitu Gali dan isterinya Ukong...Gali dan isterinya Ukong merupakan perintis utama kepada jalan cerita ini... . Ada khabar angin mengatakan mereka berasal dari rumpun bangsa Salako Rara Indon....Sumber pendapatan utama bagi mereka banyak bergantung kepada bercucuk tanam dan berhuma padi...Mereka dikatakan amat gemar berhuma padi bukit dan sentiasa berpindah randah untuk mencari kawasan yang baru untuk berhuma ..Cara hidup mereka seolah-olah seperti orang nomad, iaitu suka merantau dan tidak tetap di sesuatu tempat... Tidak lama kemudian, Gali dan Ukong dikurniakan 4 cahaya mata, yang sulung Langkang( female), yang kedua Dayang(female), yang ketiga Lombet(female) dan yang bongsu Botot( male)...Desas-desus mengatakan, mereka sekeluarga pernah berhijrah ke "Sungai Ano", selepas itu ke "Batang Ai" dan kemudian ke "Banbam ", Indonesia..

Namun, bila kebosanan dan keboringan menjamu, Gali dan anak bininya bernekad hendak meninggalkan kawasan kediamannya yang ibarat saham naik turun tersebut dan ingin mencuba mencari kawasan baru yang lebih jauh dari sebelum ini...Mana tau boleh buat negara baru... paling tidak jadi terkenal macam "Hang jebat "atau "Faizal Tahir".. Berbulan-bulan, berbintang-bintang kejora, entah berapa buah sungai direntasi dan entah berapa banyak "babont" menjadi korban untuk satapan mereka, dan akhirnya!!!.... ....mereka pun sampai lah di sebuah tempat yang mereka sendiri pun mengaru kepala kerana tak "ketahuan" nama tempat tersebut...puas digaru kepala, namun tiada kutu.. "aahhh.!!, peduli laa ", kata mereka, yang penting,tempat tersebut memang "best", sungai pun dekat ...sesuai untuk projek pertanian... "Utan Udas" kata orang salako ..atau "semeaning" nya ialah" Utan Tuha"...atau dalam Bahasa Melayu,ialah "Hutan Tebal".... iaitu hutan yg belum diterokai...Sebenarnya, mereka tak sedar tempat yg baru mereka terokai itu adalah Hutan Tebal Sarawak, dan secara tak langsung, mereka telah pun menjejakkan kaki ke Sarawak...Oleh itu, mereka mengambil kata sepakat untuk menetap di tempat yang baru mereka terokai itu..

Perjalanan cerita tetap diteruskan, ...Semasa Gali dan Ukong tengah menebang pokok untuk berhuma, tiba-tiba mereka terjumpa sejenis buah hutan yang teramat pelik pada ketika itu...saiz lebih kurang macam buah pinang, oleh kerana semangat ingin merasa buah tersebut amat tinggi serta membuak-buak di hati mereka, lalu mereka memakan buah tersebut sekadar untuk "testing" saja...Selepas tidak ada apa-apa yang berlaku, Gali dan Ukong memberi buah tersebut kepada anak mereka....Waktu tersebut, anak-anak Gali dan Ukong masih kecil dan tak tahu apa-apa lagi.."bedal saja laa ", suara hati anak-anaknya itu...Namun, ekoran daripada tindakan terburu-buru memakan buah tersebut, Gali dan Ukong serta anak-anaknya menerima padahnya yang teramat lah teruk!!!!!!!!! , .....iaitu merasa haus dan dahaga sahaja..hehehe !!jangan marah nanti kena jual...

Memang betul dan tiada yang benar melainkan yang tak salah sahaja... Mereka memang terasa haus...tanpa berbicara panjang , mereka terus bergegas sepantas kilat ke arah sungai yang berdekatan lalu meneguk air sungai tersebut sekadar menghilangkan kehausan yang melanda mereka. "Teng3x!!! " bunyi saspen pun kedengaran..Satu keajaiban telah berlaku.... Tiba-tiba air yang mereka minum tersebut terasa teramatlah manis hingga tiada tolok bandingannya pada zaman tersebut sahaja...Gali dan Ukong terdiam, dan berfikir.... "Why??..."sambil mengaru kepala berkali-kali,ternyata memang tiada kelemomor...Kali kelima menggaru kepala, akhirnya Gali dan Ukong mendapat idea..Mereka hendak menjalankan "eksperimen" ke atas air tersebut... Pada fikiran mereka, kalau air tersebut di masak sampai kering, gula akan timbul..Boleh juga buat bisnes macam garam pada fikiran mereka...Di pendekkan cerita yang memang sudah panjang jua, lalu mereka memasak air tersebut dalam bekas... namun bila air tersebut kering, tiada juga gula yang timbul... Namun semangat ingin tahu pada ketika itu memang berkobar-kobar ibarat obor-obor Sukan Olimpik..........Oleh itu,mereka mencurahkan semula air sungai ke dalam bekas yang sudah kering tersebut untuk dimasak lagi.. Berkali-kali mereka mengulangi proses tersebut sampai anak-anaknya terduduk diam melihat gelagat ibubapanya itu... Namun tetap menemui kegagalan!!!.. Malah air tersebut tiada lagi rasa manis bila di minum...Semakin lah mereka merasa pelik dan beribu- ribu tanda soal berlegar-legar di kepala mereka, namun tiada juga" mentol lampu" yang keluar..." Why and the because???", kata Gali kepada Ukong.. Ukong cuma menggeleng kepalanya seperti orang bisu sebagai tanda tidak tahu dan mula putus asa...lagipun, perut sudah "ngareokk", dah lah 'KFC' belum wujud pada masa tersebut..yang ada cuma "Katak , Fruit dan Crab"...

Walaupun eksperimen Gali dan Ukong tidak berjaya, tetapi mereka telah berjaya membongkar satu rahsia alam..Lama-kelamaan mereka tahu kenapa air sungai tersebut sekejab manis sekejab tawar...Sebenarnya, air sungai tersebut menjadi manis bila di minum adalah disebabkan buah hutan tersebut yang berasa manis..Buah hutan tersebut digelar pada zaman sekarang sebagai "Buah Pangkok"..Sungai tersebut di gelar"Sungai Si Danum".... dan secara automatik menjadi nama bagi tempat tersebut..Namun tidak diketahui sebab-sebab gelaran tersebut dan kurang pasti siapa pengelarnya.. samada Gali dan Ukong atau peneroka selepas mereka.. Sekarang , tempat tersebut dikenali Kpg Keranji...iaitu salah satu juga perkampungan kecil yang terletak di Daerah Lundu sekarang.

Tidak lama kemudian, anak-anak Gali dan Ukong meningkat dewasa...Anak sulungnya yang perempuan iaitu Langkang berkhawin dengan orang salako pribumi sarawak yang bernama Majang dan mempunyai 8 cahaya mata. Manakala , anak perempuan yang ditempat kedua dan ketiga iaitu Dayang dan Lombet tidak diketahui jalan ceritanya... Ada mengatakan mereka sudah berkhawin tetapi tiada zuriat dan ada juga khabar mengatakan mereka merantau entah dari mana dan hendak kemana dan tak dapat dikenal pasti oleh pencerita seperti gue... Anak bongsunya yang satu-satunya lelaki iaitu Botot berkhawin dengan orang Pueh bernama Sian dan mempunyai 8 cahaya mata....Apabila Gali dan Ukong sudah meninggal, cuma anaknya Botot dan Langkang yang diketahui ceritanya...Dayang dan Lombet merantau entah kemana...

Cerita ini tidak tamat begitu saja dan belum "ending" lagi... "Siri Adventure "terus disambung oleh anaknya iaitu Botot dan Langkang...Bila keboringan melanda sekali lagi , Botot bersama keluarganya dan Langkang bersama keluarganya berpindah ke Kampung Sedemak iaitu tak jauh dari Kampung Keranji..Langkang dan Botot memang gemar adventure dan menerokai kawasan baru lebih-lebih lagi "utan Udas" kerana dipercayai tanahnya amat subur dan baik untuk aktiviti berhuma dan bercucuk tanam.."Bapak borek anak rintik katakan dan kemana tumpahnya sup kalau tak ke mee kolok sarawak"...., kata pepatah yang sudah patah..

Akhirnya, dua adik beradik ini berjaya menjumpai sebuah tempat yang belum diterokai dan sangat baik untuk pertanian...Pada dasarnya, tempat tersebut hanyalah sebagai tempat berhuma sahaja....Oleh sebab faktor yang jauh dari tempat tinggal... Dua adik beradik ini berpakat untuk menetap di tempat itu bersama keluarganya sekali... Pada ketika itu, tempat tersebut belum bernama lagi...

Semasa tengah berhuma, tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang pemuda melayu yang tidak diketahui asal usulnya dan hanya dapat digelar sebagai Pudin melawat mereka berhuma..Ibarat datang tak dijemput,mereka pun kehairanan dan terkejut, takkan hero berani mati nak berebut kawasan dengan mereka... langkah "pajong "kami dahulu,kata hati mereka . Namun, kedatangan pemuda tersebut adalah sebagai kawan dan hendak mencari 'geng'...jadi, disimple kan cerita.. mereka pun bersembang-sembang seperti 'sesi suai kenal'.....Semasa forum bersembang semakin rancak, secara tak sengaja, tiba-tiba Pudin ternampak sejenis buah hutan yang dia kenali ... Namun, sebagai kepastian... Dia bertanya kepada mereka....Buah apa bah itu???, tanya pudin dengan selambe OAG sambil menunjuk ke arah buah hutan tersebut.......ooohhh, itu "Buah Rogak " ,kata Botot dan Langkang...... Namun setelah Pudin teliti dan amati ,dengan selambe dia berkata sekali lagi dengan berani, "kalau orang melayu , kami gelar buah itu Buah Rukam "......."Oooohh, yakah !!!" kata langkang dan Botot dengan penuh bersopan..

..semenjak dari hari itu, lama-lama kelamaan lekatlah gelaran "Rukam" pada pokok tersebut dan menjadi perbualan ramai dan cerita tersebut menjadi semakin famous..Entah macam mana , secara automatik,tempat tersebut lalu mendapat nama sebagai"Kampung Rukam" sempena buah kayu yang bernama Rukam dalam bahasa melayu dan Rogak dalam bahasa Salako....namun, Buah Rogak yang diceritakan tersebut, boleh dikatakan sudah pupus pada zaman sekarang..

Pendek kata, orang yang mula-mula mendiami dan meneroka Kampung Rukam adalah Botot dan Langkang. Semua penduduk yang tinggal di Kampung Rukam sekarang adalah majoriti keturunan Langkang dan Botot..



NAMA : KASOL ANAK BOTOT Gambar orang yang disebelah kiri ini adalah merupakan salah seorang anak Botot yang masih hidup sampai sekarang dan merupakan pencerita utama dalam "Asal usul Kampung Rukam"..Beliau merupakan Datuk kepada saya.Anak-anak Langkang sudah tiada lagi di dunia cuma tinggal generasi cucu-cicitnya sahaja sekarang..


Cerita ini adalah berkaitan dengan yang masih hidup dan yang sudah mati !!!........ semoga terhibur dan jangan tepuk tangan tapi "tepuk" dalam comment!!!!!. Tiada yg benar melainkan yang tak salah!!!

*p/s : semua unsur lawak di dalam cerita ini adalah sekadar mengisi suasana cerita ..
Jangan biarkan diri anda hidup dalam ketakutan!!! life is cabaran!!!