Friday, August 7, 2009

KISAH PERJALANAN HIDUP SEEKOR KUCHING BERNAMA SITUHA

KISAH PERJALANAN HIDUP SEEKOR KUCING BERNAMA SITUHA..bla..bla



CAT NAME : SI TUHA...
JANTINA : male
AKTIVITI : Suka merantau dan bertandang ke rumah member,tak kira lah musim perayaan atau hari biasa sampai berminggu-minggu..
gue ingat dah kojol, tapi masih hidup... satu-satunya kucing gue yang paling liat nyawanya dan susah nak die... macam "Die Hard".
HISTORY : bersifat mesra alam ngan Dog, dari kecil dah memang selalu "kanceng" dengan dog...geng keras gue!!!..dan gila bini.. hahahaha..biasalaa, lumrah.
USIA : melebihi 20 tahun, sejak gue masih darjah tiga....gue caya lu.!
SIFAT : suka mencuri kalau rezeki depan mata.. suka mengiau kalau di sapa .."starring" dalam menangkap tikus dan cicak...dan suka lari kalau kena "tempeleng" oleh My mother...
STORY : pernah mengembara sejauh lebih 17 kilometer tanpa menggunakan kasut....pernah di halau oleh my mother tanpa bekalan mahupun wang, diletak di dalam guni, dan dibebaskan di kawasan huma padi yang terlalu jauh dari rumah...sehari kemudian, SI TUHA dengan selambe pulang ke rumah dengan mengoyangkan ekornya yang kontot meot itu.. my mother terkejut!!... my mother sangat-sangat tak suka SI TUHA sebab SI TUHA sangat "expert" dalam bidang mencuri makanan dan mempunyai skill-skill tersembunyi ala Tom Cruse..
Namun, sejurus kemudian , SI TUHA diusir sekali lagi dan ditinggalkan sorang-sorang oleh my uncle kira-kira pertengahan 2008 di suatu tempat yang lebih jauh dari sebelum ini iaitu dikawasan hutan kelapa sawit.Nama kawasan tersebut digelar Kampung Pasir Hilir. , waktu itu gue tengah merempat kat Kuala Lumpur... Kali ini,SI TUHA gagal mencari jalan pulang dan terus hilang dimamah hutan sawit ... kisah hidupnya bersama manusia ditamatkan oleh manusia sendiri... gue teramat kecewa !!!...sejurus selepas itu, nenek gue pulak meninggal..my nenek laa yang memberi gelaran SI TUHA kepada kucing tersebut..semua waris SI TUHA mati dan tak umur..... yang selebihnya gagal dijumpai.. mungkin hidup SI TUHA telah disumpah seperti pirate carribean..
Sehingga kini, entah SI TUHA masih hidup atau telah menjadi raja di hutan sawit.. atau pun mati kerana kesedihan.. atau mati kerana gagal meminta sedekah dari manusia...entah-entah daa kawen dengan Kucing Batu dekat hutan rimba.. semoga bahagia SI TUHA yang bermuka selambe dan rock..
..begitu laa kisah SI TUHA yg menyayat hati dan memang benar dan betul saja...nasib gua sempat ambil gambar beliau sebelum saat terakhir..hahahaha
RUJUKAN: cari dekat perpustakaan...
KEHEBATAN : pandai mencuri dan pandai cari makan sendiri... pandai survival..pandai memikat perempuan, pandai membuat suara mengawan..bijak membahagi masa dengan aktiviti berfaedah seperti tidur.... di benci oleh golongan tua, tapi disanjung oleh golongan muda..hidup wakil rakyat SI TUHA.. merepek kan..hahahahaha
NOTE : cerita ini tersangatlah sedih,sampai menitis air mata duyung, lebih sedih dari filem Titanic ...Oleh itu, sama-sama lah kita menyokong apex bagi membela nasib-nasib kucing sedunia dan menghentikan penindasan.. jauhi cetak rompak!!!, Beli yang jimat bajet !!!apa-apa saja laa..

wokey... wa chaw lok... bagi laa A plus kat story apex ini.... semoga terhibur dengan kisah SI TUHA yang menyayat hati ini ..lalalalala

Jom minum minuman ringan, sama-sama angkat dan lagakan gelas masing-masing sambil bersorak "cheer utk SI TUHA".. dan menjerit eeehhhaaa..aku happy !!!

Tuesday, August 4, 2009

SEJARAH PADI SALAKO

SEJARAH PADI SALAKO

Semua pertuturan bahasa Salako yang terdapat dalam cerita ini boleh difahami dengan merujuk kamus yang disediakan.Semoga terhibur !!!
KAMUS BAHASA SALAKO
Taino : manusia
Jubata : Tuhan bagi orang salako(orang bunian)
Pangkak : Gasing
Nonoi : alat sulit bagi lelaki
Bangas, Orak ,Kadokok,Ampango,ulat : binatang perosak padi
Ansabi : sayur pahit
Antimun : timun
lamang : lemang
Bontong : beras huma yang di bungkus dengan daun minyak dan kemudian dimasak menggunakan buluh besar
Tumpik : kueh muih salako
Puek : masakan menggunakan buluh
Parak rumah : rak yang terdapat pada syiling rumah

Pada suatu masa dahulu , terdapat sebuah tangga yang amat panjang bagi menghubungkan antara dunia manusia dan dunia kayangan di atas langit...Pada ketika itu, padi hanya didapati di dunia kayangan sahaja. Manusia pada zaman tersebut digelar sebagai "Taino" manakala orang bunian di kayangan digelar sebagai "Jubata" yang merupakan Tuhan bagi orang salako .. Golongan Taino dan Golongan Jubata pada ketika itu berkawan rapat ibarat isi dan kuku dan tiada jurang perbezaan yang dapat memisahkan mereka..

Hendak dipanjangkan cerita,.... pada suatu hari iaitu pada musim menuai di kayangan, golongan Taino bertandang ke dunia kayangan untuk bermain "pangkak"(gasing) dengan golongan Jubata......Namun,harapan mereka untuk menang hancur berkecai kerana setiap kali bermain pangkak, mereka sentiasa kecundang di tangan golongan Jubata yang bertaraf profesional tersebut.. golongan Jubata sentiasa menduduki carta teratas dalam permainan pangkak...terrer bangat gitu !!!..heran,memang heran... "takkan mereka main tipu", bisik suara hati golongan Taino tersebut. Namun, hakikat tetap hakikat dan tiada apa yang boleh mengubah segala-galanya.Dikalangan Jubata tersebut, ada seorang permain pangkak yang sangat hebat dan hanya dikenali dengan panggilan "Kulup". . Dia memang sangat hebat sehingga dikagumi oleh golongan Taino dan kaumnya sendiri iaitu Jubata.

Lalu, Golongan Taino bertanya kepada Kulup kenapa bangsa Kulup sangat hebat bermain pangkak.Pada mulanya, Kulup enggan memberitahu rahsia mereka kepada golongan Taino tersebut . Namun atas kerana kesian dan atas sebab persahabatan yang telah lama dimeterai antara kedua-dua golongan tersebut, akhirnya Kulup mendedahkan rahsia sebenar mereka kepada Golongan Taino tersebut. Kulup memberitahu bahawa mereka menjadi kuat dan hebat kerana makan "nasi" yang diperolehi dari padi tersebut..sedangkan golongan taino hanya beralaskan perut dengan "kulat dan umut "sahaja..

Golongan Taino tersebut terpegun seketika bila mendengar penjelasan dari Kulup tersebut..."patutlah kita asyik kalah dalam Liga Pangkak", bisik hati mereka.Atas dasar kesian , Kulup mempelawa mereka berehat di rumahnya sehari dua supaya dapat merasa nasi yang selalu dimakan oleh orang kayangan tersebut...Di simplekan cerita, mereka pun menjamah nasi yang telah dihidangkan bersama lauk pauk oleh ibu Kulup...wahh !!!, ada ommm lah, kata mereka.Ternyata memang benar, nasi tersebut memang sangat sedap dan berbau wangi berbanding lauk pauk tersebut dan membekalkan tenaga kepada mereka. Secara automatik,timbul pula satu perasaan jauh di lubuk hati sanubari mereka untuk meminta sedikit benih padi dari Kulup untuk di tanam di dunia mereka...

Namun, Golongan Taino tersebut kecewa sekali lagi kerana Kulup enggan memberi benih padi biarpun sebiji kepada mereka.Kulup takut akan dimarahi oleh ibunya dan melanggar "protokol " yang telah ditetapkan.Golongan Jubata percaya bahawa padi tidak boleh ditanam di luar rumah, apalagi di dunia Taino.. Sekiranya berlaku, semua padi yang ada di kayangan akan lesap begitu saja. Untuk menggelakan kejadian sebegitu, golongan Jubata telah mengambil langkah yang lebih drastik dengan mananam padi hanya di dapur sahaja dan sedikit sebanyak dapat mengelakkan dicuri oleh golongan Taino.

walau bagaimanapun, Kulup memang ternyata seorang Jubata yang baik hati dan sanggup mengadaikan maruah dan kepercayaan ibunya semata-mata untuk memberi sedikit benih padi kepada golongan Taino tersebut walaupun dia tahu padah yang akan melanda.Bagi mengelakkan diketahui oleh golongan Jubata , golongan Taino menyembunyikan benih padi tersebut di dalam selaput kulit "nonoi" bagi yang kaum lelaki, agar tidak kena "spot-check".

Namun, segala perbuatan Kulup tersebut telah diketahui apabila ibunya mendapati padi yang ditanam di dapur layu dan mati. Tiada siapa yang tahu betapa hangatnya naluri kemarahan ibunya pada ketika itu dan meruap-ruap seperti air yang mendidih . Akibat dari hilang pertimbangan, ibunya ingin memanah anaknya itu dengan anak panah yang paling "power " ketika itu. Namun, di saat akhir....ibunya tak sampai hati hendak memanah anak kesayangannya tersebut dan anak panah tersebut dilepaskan kepada babi yang dipelihara mereka. Dengan segera, babi tersebut mati di tempat kejadian . Tidak lama kemudian, bangkai babi tersebut berulat dan disumpah menjadi "bangas, kadokok, orak, ampango dan ulat" yang merupakan musuh utama kepada padi. Memandangkan padi sudah berjaya ditanam di dunia Taino, ibu Kulup terpaksa mengalah dan menaburkan benih tumbuh-tumbuhan seperti "ansabi, antimun", sayur, kayu, rumput sehingga menjadi hutan tebal di dunia Taino, iaitu dunia kita sekarang.

Sehingga kini, setiap kali orang salako habis menuai, mereka akan mengadakan perayaan pesta menuai sebagai tanda menghormati Jubata padi. Setiap kali perayaan pesta menuai, orang salako akan menyediakan makanan kepada "Nek Kulup" terlebih dahulu seperti "Tumpik, Puek, Lamang,Bontong" sebagai mengenang jasanya kerana sanggup memberi benih padi kepada manusia pada zaman dahulu. Kebiasaannya makanan Nek Kulup diletakkan di atas "parak rumah " .

Sekiranya cerita ini tersalah ayat atau terkasar bahasa dan mempunyai unsur-unsur sensitif.Harap maaf !!!...Sekiranya ada kisah lain tentang sejarah padi salako, sila-sila lah kongsi bersama, jangan segan kerana gue masih lagi study dengan diri sendiri !!! ...Hujung tahun ambil degree !!!


semua cerita ini telah di sampaikan oleh KASOL ANAK BOTOT iaitu orang di sebelah kanan di dalam gambar di atas dan di adaptasi oleh gue..Sebelahnya adalah anak kepada KASOL... iaitu, ETON ANAK KASOL.

*p/s : semua unsur lawak di dalam cerita ini adalah sekadar mengisi suasana cerita ..
Jangan biarkan diri anda hidup dalam ketakutan!!! life is cabaran!!!