Monday, September 21, 2009

HIKAYAT TING TONG

HIKAYAT TING TONG



Cerita ini hanyalah sebagai renungan dan untuk menghiburkan para pembaca !!!Kisah ini lebih kepada mengisahkan tentang liku hidup seorang lelaki "Raja kaki judi " yang tak pernah putus asa suatu masa dahulu..Ini bukan cerita God of Gamble mahupun Steven chaw..Dia sangat famous dengan gelaran "SI TUHA" dan ada sesetengah orang masih lagi mengingati nama gelaran tersebut sampai sekarang....Dia sangat pandai membahagi masa hariannya dengan aktiviti yang ada "ommnn" iaitu berjudi..Dia merupakan salah seorang penjudi terhebat diantara yang kalah kerana asyik kalah dari menang..Bila kalah, semua harta benda dilelong ..Hari ini "lon" barang, besok jual balik... Itulah cara hidup Si Tuha. ...Selain berjudi, dia juga mempunyai kemahiran yang jitu dan cekal seperti minum arak, kaki perempuan , kuat merokok . ..Dia memang berasal dari keluarga yang kaya raya ibarat "Kehidupan di Jalan raya yang sudah ber TAR".Selain itu ,dia pun ada kemahiran, skill, gaya, mutu dan keunggulan tersendiri macam James Bond.

Hendak dipanjangkan cerita yang akan panjang jua dan entah berapa panjang...lalu terjadilah satu peristiwa "hari ini dalam sejarah" yang "tak kemahuan" oleh dirinya sendiri. Hari itu memang ternyata sangat cerah, secerah asap rokok winston yang dihembus sayu-sayunara oleh "Antonio Banderas" dan didatangi bersama "package" angin sepoi-sepoi bahasa sambil berbisik-bisik manja dengan "Angelina jollie" yang tengah shooting .."Wooiii!!..Don't talk-talk with me!!," kata Angelina yang terkejut beruk "makyeee" kerana merasakan bulu ketiaknya seakan-akan dijamah angin...Pada masa tersebut, Si Tuha tengah berjudi riang bersama member-membernya iaitu si Fred, Cody dan Kenneth di sebuah rumah membernya juga iaitu si Fred ..Kebetulan ibu bapa Fred tiada dirumah pada masa tersebut, apalagi mereka...kira "judi sakan" laa mereka.. Entah kenapa , pada hari tersebut , Si Tuha memang tak ada "lucky" ,asyik merundung ekonomi judinya. Memang diakui,Si Tuha pernah juga menang judi selama ini , tapi sekali sekala berbanding kalah memang selalu.....Lama dia berfikir." aaahhh!!!, mungkin belum hengg ,takkan komputer saja boleh hengg," kata suara hati Si Tuha yang pelik tapi benar . Tanpa disedari , duit yang ada di dalam poketnya semakin surut dan "capek". Cukup-cukup untuk membuat pertaruhan kali terakhir.."apa nak jadi, jadilaa..sap nyeyeng liao-liao tet," kata Si Tuha sambil membuat pertaruhannya yang terakhir..Fuhhh, memang tak disangka-sangka, memang tak diduga oleh "Siti Nurhaliza", raja judi tersebut kecundang akhirnya....tapi, beliau tak pernah kenal putus asa dan tetap meneruskan perjudian pada detik-detik hari mencabar tersebut dan sanggup berhutang dengan geng-geng sejudinya sehingga tak terkira dengan tangan mahupun kaki gorila di dalam hutan.. Namun, itu lah dia stail dan sifat Si Tuha yang sanggup berhabis demi judi kerana dia percaya ibubapanya banyak duit dan lagipun dia anak manja...

Semasa aktiviti perjudian menjadi semakin rancak di kemuncaknya , tiba-tiba mereka digemparkan dengan suatu bunyi yang semacam kedengaran walaupun hanya berkemampuan meremangkan sehelai bulu hidung gorila sarkes.. . "Ting tongg!!!, Ting tong !!!,Ting tongg !!!", bunyi semacam tersebut kedengaran.... " Hoiii!!! sapa tu ??",jerit Si Tuha dan membernya yang terkejut brutal sejenak.. Tiba-tiba sahaja loceng pintu mereka berbunyi, mereka kehairanan dan tertanya-tanya sapakah gerangan yang berani menekan loceng pintu yang memang senang ditekan tersebut..Tiba-tiba sahaja , mereka "seperjudian" diselubungi perasaan ketakutan yang teramat mengerikan "tahap Dewa 19".. Jauh di lubuk pemikiran mereka yang lebih "advance" tersebut mengatakan bahawa kemungkinan "pak polisi" yang hendak membuat serbuan. Mana tahu, "mazidul Akmal Sidik dari 360" yang menekan loceng tersebut , ..Mana tahu terlanjur hantu atau "terpapak'k", kata orang salako...."Ape kejadahnya orang kita, kera di hutan mati kelaparan,anak babi di kandang disusukan..apo nak jadi yopp!!! ,Kata-kata dari Mazidul yang mungkin dilafazkan sekiranya mereka tertangkap.Namun, semua itu hanyalah angan-angan Mat Jenin yang belum pasti lagi ..Dengan berwajah yang selambe dan langkah yang selambe rock , Si Tuha meluru ke arah pintu tersebut dengan hati yang berjaga-jaga..Sebelum Si Tuha membuka pintu tersebut, dia sempat melaungkan satu bentuk suara yang menjadi kelaziman dan kewajiban bagi mana-mana kaki judi iaitu.. "Password please!!!"..., kata Si Tuha .

Namun tiada sebarang respon mahupun sebentuk suara "THE ROCK" yang kedengaran... .Suasana menjadi sepi seketika dan hati para penjudi menjadi semakin tidak tenang serta diikuti beribu-ribu tanda soalan berlegar-legar di ruang kepala mereka. Namun Si Tuha tetap berlagak starring dan dengan selambe menjerit dengan sopan, "DO U SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING !!, IF U HUNGRY COME HERE LAA!!!!"...Seperti biasa dan macam tak biasa ,tiada juga respon dari sebelah pintu berkenaan..Si Tuha terdiam seketika dan tiba-tiba Si Tuha manjadi takut, mana tau hantu jembalang "Supernatural" menunggu dekat luar atau assasin ataupun penagih hutang..Si Tuha menjadi takut hendak membuka pintu tersebut . Sorang menyuruh sorang, yang sorang lagi menyuruh sorang akhirnya tiada sorang pun yang berani membuka pintu tersebut. Akhirnya, Si Tuha mengambil kata putus untuk membuka pintu tersebut walau apa pun terjadi..Namun, sekali lagi Si Tuha keheranan apabila pintu tersebut tidak boleh terbuka seakan-akan telah dikunci dari luar. Puas di pusing tombol pintu tersebut, namun langsung tidak mendatangkan hasil.."Oooo!!! lu main kasar sama wa yaa.. takpa, wa guna wa punya cara loo !!",kata Si Tuha ke arah pintu yang degil tersebut. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba sahaja Si Tuha ketawa terbahak-bahak walaupun ada sedikit "piching dan tempo" lari.... "Why you open mouth and then terus ketawa lonely hah!!", kata kawannya yang bernama Si Cody yang baru sahaja berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris tersebut..

"Nothing happen maa !!, wa sula lama talak practice ketawa maa !!.., jawap Si Tuha dengan selambe sambil mengumit-gumit mulutnya yang masih gian hendak ketawa ..Sebenarnya, dalam masa yang sama, Si Tuha terpaksa menunjukan kehebatannya dimana satu aura terulungnya terpaksa dilepaskan bagi memulihkan keadaan. Aura tersebut lebih dikenali ramai sebagai "kuasa putaran angin judi tahap 10 ". . Ia merupakan salah satu pecahan cabang dari "Kungfu Judi" yang terhebat dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh menggunakannya. Berkemampuan mempelantingkan/menghancurkan pintu dengan sopan dan mengerakkan daun terup tanpa menggunakan tangan .Mengikut falsafah Kungfu Judi Si Tuha yang kuno.. setiap benda di sekeliling kita dapat digerakan dengan terkawal melalui kaedah penghasilan "aura termampat". Selain itu,pernafasan pengamal kungfu juga perlu seimbang dengan aura yang ada disekeliling bagi mewujudkan pengawalan jisim dengan baik dan teratur.. Kalau masih lagi tak faham, sila cari rujukan di perpustakaan.

"Teng!!!Tengg!!!Tengggg!!! "...bunyi saspen pun riuh rendah memekak telinga dan menandakan bermulanya aksi atau adengan Si tuha menunjukkan kungfunya judinya..Di "Short-cut" kan cerita,Si Tuha pun memulakan aksinya dengan menyedut segala udara yang ada disekelilingnya dengan kedua belah jarinya sempat membuat bentuk "peace". Kesian, member-member Si Tuha terbatuk-batuk kerana kekurangan oksigen,,namun Si tuha tetap tidak peduli...Si Kenneth sempat lagi memasak mee namun tak kesampaian kerana kehabisan gas.Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap seketika dan meyeramkan. Member-membernya terpaksa berpaut disetiap sudut kerana takut disedut oleh Si Tuha..Aura yang diperlukan semakin lama semakin tergumpul dan sudah tiba masanya Si Tuha menunjukan kebolehannya.. Aura yang disedutnya tadi dihembuskan ke arah pintu tersebut dengan kedua belah tangannya menghala ke arah pintu berkenaan ..."eeeehaaaaaaaaaaa !!!"" , jerit Si Tuha dengan sekuat hati..Keadaan sunyi kembali seketika selepas teriakan Si Tuha .. Namun , jelas kelihatan pintu dihadapan masih lagi tertutup rapat dan sedikit pun tak tergugat dengan aura Si Tuha tersebut.. Si Tuha teramatlah kecewa kerana pintu tersebut tidak terpelanting tetapi gigi palsunya yang tersungkur jatuh. .. "Haiya!!, wa ingat mok tunjuk skill sama lu olang, nasib wa punya gigi masih ada walanty, mungkin wa silap teknik kott", fikir Si Tuha sambil menyarungkan balik gigi palsunya." Kali ini, wa testing talak teliak punya..silent mode punya," fikir Si Tuha sekali lagi.


Kali ini , Si Tuha menyedut udara disekelilingnya dengan lebih power dari cubaan yang pertama tadi..Hampir setengah jam berlalu, namun Si Tuha masih lagi menyedut udara disekelilingnya tanpa rasa "boring"..Dada Si Tuha mengembang secara mendadak kerana terlebih " makan angin".. Namun, para membernya semakin lama semakin keboringan melihat telatah Si Tuha yang mengherankan..."Woiii Si Tuha, show bila mok abis hahh!!," teriak membernya kerana tension dengan lagak Si Tuha tersebut. Atas permintaan penonton iaitu member-membernya, Si Tuha terpaksa melepaskan udara yang telah dikumpulkan sekian lama dengan menutup mulutnya agar dia tidak berteriak lagi.Kedua belah tangannya dihalakan ke arah pintu berkenaan seperti cubaan yang pertama tadi.


....."peeeeee wittttttttttttttt !!!",tiba-tiba lahirlah suara yang pelik tapi semacam. " aikkkk!!!, lali mana itu suara latang???, wa sula tutup mulut lapat2x ma..," fikir si Tuha kehairanan. Memang betul, Si Tuha telah menutup mulutnya dan aura tersebut dilepaskan melalui liang-liang romanya.. Dari manakah datangnya suara tersebut, takkan membernya yang berteriak dan sengaja bikin saspen. Suasana kelam kabut seketika dan segala daun terup bertebangan mengikut rentak "irama dangdut " hasil pengawalan aura yang telah dilepaskan sebentar tadi.. .., " alllloooo geng, lu olang ada lingar itu bunyi ka !!", tanya Si Tuha kepada membernya. Namun dia kehairanan apabila membernya langsung tidak mengendahkan "soalan cepu emas" yang diajukannya sebentar tadi , sebaliknya masing- masing sibuk menutup mulut dan hidung bagai ada tumpahan gas di tempat kejadian.. Tidak lama kemudian, hidungnya mengesan satu aroma yang aneh tapi biasa baginya dan tersangatlah busuk sehingga menyebabkan dia ketawa sendirian menghidu aroma tersebut ."hahahaha, manyak onmmmmmm laa ini bau, manyak songg oooo!!", kata Si Tuha yang agak sott. Sekarang baru Si Tuha tahu, rupa-rupanya bunyi yang keluar tadi adalah bunyi kentut dia sendiri.Ingatkan "Amy Seach" yang bersiul tadi. Mungkin terlampau banyak udara yang disimpan sehingga yang selebihnya terpaksa terkeluar sebagai "kentut yang bersiul" .Aroma tersebut tersangatlah menyengat sehingga menyebabkan membernya bertempeliaran lari mencari udara bersih . "woiiii !! Kod merah!!.Kod merah!!Aram meh ngasar ke kaki lalu cabut lari!!.," teriak si kenneth yang merupakan bekas pesara tentera ." Apooooo!! bau mai kentut Si Tuha tuk!!!", teriak Si kenneth sekali lagi kerana terlampau gian hendak berteriak.


Namun Si Tuha tetap berlagak cool dan tidak mempedulikan keadaan yang agak "darurat" ketika itu. Dia cuba mengawal "kemachoan" yang sedia ada walaupun ada sedikit "mistake". Namun, sekali lagi usahanya gagal kerana pintu tersebut masih lagi teguh melepak tanpa bergerak sedikit pun.Salah seorang membernya yang bernama Si Fred meluru ke arah pintu tersebut dan dengan selambe terus membuka pintu tersebut dengan kunci yang dipegangnya kerana tak tahan dengan aroma kentut Si Tuha yang diibaratkan "10 hari tanpa berak"... "Haiya..Fred!! apasal lu talak cakap awal-awal!!", kata Si Tuha kepada Si Fred . "hahaha, saja..bikin saspen sama kamukk!!", kata si fred yang macam tak bersalah konon..Sejurus selepas itu, Si fred di belasah riang oleh Si Tuha kerana mempermainkannya..

Berbalik kepada cerita siapa yang mengetuk pintu tadi, setelah pintu tersebut dibuka..mereka mendapati tiada satu pun manusia ataupun alien di luar pintu tersebut..tapi, yang paling pelik.. luar pintu tersebut tidak dilengkapi penekan loceng .Bukan setakat penekan, loceng pun tak ada. Dari manakah gerangan bunyi loceng tersebut..mereka terpaku dan berpandangan sesama sendiri..dalam fikiran mereka, sudah ada "nilai-nilai keseraman melanda". Bulu tengkuk dan bulu roma, meremang hampir sama paras dengan bulu ketiak..Semasa mereka melayan perasan keseraman melanda, tiba-tiba bunyi loceng pintu berbunyi lagi.. "Ting Tong!!!Ting Tong!!!Ting Tong!!!", bunyi loceng tersebut. Jiwa mereka tersentak seketika berserta bayangan -bayangan "Nightmare".Tiba-tiba seekor kucing hitam yang entah dari datangnya menerpa ke arah Si Tuha.. " ooo..pocottt !!!!", Si Tuha melatah dan dengan serta merta Si Tuha menepis kucing tersebut lalu jatuh ke lantai dengan rasa"no mercy-nya".Belum sempat member-membernya tergelak melihat gelagat Si Tuha, tiba-tiba bunyi tersebut berbunyi lagi. Kali ini , bunyi tersebut berjaya dikesan dan datangnya dari badan Si Tuha.. Si Tuha ketakutan apabila member-membernya merenungnya semacam. " wooii Tuha!!, amai ka bunyi "Ting tong" ya bunyi kentut nuan tadikk !!", teriak membernya yang bernama Kenneth." isshhh!!, tak baik tuduh olang itu macam,itu bunyi bukan wa punya kentut.. wa punya kentut sula "tiunn" ma !!..lagi steady ma!!ada ommmnnn!!, kata Si Tuha yang menegangkan benang yang kering.

Pelik dan memang ajaib, peristiwa tersebut memang terlalu menguji minda sampai boleh diketegorikan sebagai kes " X-Files".Tiba-tiba, salah seorang membernya yang bernama Si Cody meluru "tak berkoordinat" ke arah si Tuha.."can i borrow u talipon for a few minute because my talipon bimbit is kondemm", kata Si Cody dengan ala orang putih "cokia"." no porobelem brother , nahh!!", Si tuha memberikan handponnya kepada Si James tanpa rasa was-was. "Ting tong!!, Ting tong!!, Ting tong!!, " tiba-tiba ia berbunyi kembali tanpa rasa segan.Si Tuha hanya mampu tercengang sambil membuka mulutnya seketika bersama Si Cody yang baru sahaja mengambil handpon tersebut. Membernya yang lain terpaku layu ala "GREAT KALI" seolah-olah hendak membelasah Si Tuha dengan kungfu new versi iaitu "hentakan dagu GREAT KALI termahal ".....Si Tuha keheranan sekali lagi melihat membernya merenung semacam dan tertanya-tanya apakah kaitannya bunyi tersebut dengan handpon yang baru diberikan kepada Si Cody sebentar tadi . Lama dia berfikir , dan akhirnya dia teringat akan sesuatu yang merupakan penyebab utama kepada peristiwa tersebut. Walaupun pahit dan payah hendak dimadahkan, namun Si Tuha terpaksa memberitahu hal yang sebenar kepada membernya tanpa mempedulikan akibatnya.

"hehehehehe!!!Soli geng!!, wa mana tau itu bunyi wa punya lingtone handpon maa..wa punya handpon vibrate sula losak maa, Si Tuha memberi penjelasan sambil mukanya tersengih-sengih meminta belas kasihan dari memberya.Rupa-rupanya, bunyi tersebut adalah bunyi ringtone handpon Si Tuha."langan marah nanti cepat tumbuh uban!!, kata Si Tuha cuba memujuk.Tidak dapat di bayangkan betapa hangatnya gelombang kemarahan yang membuak-buak di hati para membernya ketika itu . Sebenarnya,Si Tuha memang sejenis pelupa sedikit dan mudah lupa pada dirinya.Ekoran dari kejadian tersebut, Si Tuha terus dibelasah riang oleh member-membernya. " Hutang judi jangan tak bayar", jerit Si Fred menagih hutang judinya yang baru RM1 daripada Si Tuha..Semenjak dari hari itu, member-member Si Tuha mengelar dia sebagai Si Ting Tong..

...............................END.........................................
Tima kaseh kerana sudi membaca cerita yang banyak merepek sedemikian rupa.Namun gue minta maaf kalau ada yang terkasar bahasa ataupun terhalus bahasa. Kurangkan judi dan elakkan berhutang kerana "Hutang judi tak boleh di bawa mati". " apa guna banyak kalah dari menang dan apa guna kalau menang sekadar melepas batuk di lif"..kata-kata the apex bayat.

3 comments:

Anonymous said...

lawak dah ok..cuma terlalu panjang. di pertengahan koa udah rasa boring tp samak mok ending koa ok balik...heheh.. jagan marahhh....peace!

Anonymous said...

lawak....katawak dohok taguring-guring sambil ngalekik katiak sandirik heheheheheh

trizess said...

Bst la cta si Tuha nian..hehe.. Nulis gik b0h..Mantap gtu l0r.. Tp judi ttp judi auk..alah manang adat..hehe..peace